Cart

Your cart is currently empty.

Review Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear

Review Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear

Setiap hari kita buka hadiah yang paling indah iaitu sepasang mata kita. Huda didik anak-anak jaga mata dengan sebaiknya supaya mata mereka sentiasa sihat dan bebas masalah mata sampai besar kelak. Maka, minggu lepas huda belikan The Arifs Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear untuk kegunaan mereka apabila bermain gadget. Jom huda kongsikan review Optics Anti Blue Light Eye Wear untuk anda yang masih belum tahu tentang produk terbaru di pasaran ini.

Penting Ke Anak Pakai Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear ?

Kekerapan anak-anak menggunakan gadget memang semakin meningkat secara mendadak sejak PKP tahun ni kan?

Rasanya lebih kot 7 jam anak-anak terdedah dengan blue light ni..

Sebelum terlambat, apa kata kita semua sebagai ibu bapa prihatin belikan SaferOptics anti blue light eyewear macam The Arifs pakai ni..

Review Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear

Review Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear

Ketahui Kelebihan Kanta SaferOptics

  • Membantu melindungi mata daripada ketegangan mata digital yang disebabkan oleh penggunaan alat elektronik yang berpanjangan.
  •  Selamat untuk semua kanak-kanak. ( Tiada power) 
  • Generasi Terkini UV + 420 Anti-High Energy Blue Light Coating. 
  • Kanta berkuasa boleh didapati jika anda mempunyai preskripsi Pakar Mata atau Doktor Mata. 

Bingkai Kaca Mata SaferOptics adalah:

  • Super lembut 
  • Ringan 
  • Super fleksibel 
  • Tahan digunakan ketika bermain , di tarik atau sebagainya.
  •  Terdapat dalam pelbagai warna 

Bagaimana  Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear Berfungsi ?

SaferOptics merupakan cermin mata anti -blue light yang lebih selamat untuk melindungi mata kanak-kanak dari pendedahan cahaya siling yang berpanjangan dari telefon pintar dan skrin digital.

Review Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear

Terdapat dua variasi cermin mata anti -blue light iaitu Basic Blue Coat dan 420 Blue Coat

SaferOptics 420 Blue Coat menapis cahaya biru tenaga tinggi hingga panjang gelombang 420nm.

Beza Basic UV 400 dengan UV 420 Premium Blue Coat

Huda beli kedua-kedua jenis untuk lihat perbezaannya. Untuk si Abang Arif Haikal jenis basic coat ( warna merah,hitam) dan si adik Arif Hakim jenis 420 Blue Coat ( Warna kelabu, hitam )

SaferOptics Kids Rectangle Black Cherry

SaferOptics Kids Rectangle Mercury

Bagaimana nak beli Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear?

Mudah sahaja, pilih jenis bingkai dan juga lense sama ada basic coat atau 420 Blue Coat.

Beli Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear Atas Talian

Pengalaman huda beli Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear di atas talian yang sangat mudah dan juga penghantaran percuma yang sangat berbaloi!

Proses shipping pun agak cepat, huda memang sangat puas hati. Paling seronok mestilah The Arifs bila sampai parcel bungkusan yang sangat comel. Boleh layan video unboxing The Arifs di bawah.

Alhamdulillah, lepas the Arifs pakai Safer Optics Anti Blue Light Eye Wear, mereka sendiri tahu betapa penting menjaga mata dari kesan blue light. Selain itu, mereka lebih fokus , emosi pun okay dan paling huda suka, mudah untuk mereka tidur.

Jadi huda sebagai ibu, memang sangat rekemen untuk semua ibu bapa di luar sana untuk dapatkan cermin mata yang khas untuk lindungi mata anak. Cepat bertindak sebelum anda menyesal di kemudian hari dan juga fikirkan kos yang lebih mahal terpaksa anda tanggung jika mata anak anda rosak kerana terdedah dengan blue light terlalu lama.

 

Special thanks to Huda Halid for this review. Original Post: Cerita Huda by Huda Halid

Share this post:

Older Post Newer Post

Leave a comment

translation missing: ms.general.search.loading