Cart

Your cart is currently empty.

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Written by Lea Azleeya

Zaman sekarang ni kalau takde smarphone kat tangan tak sah.. 24 jam dok melekat je kat tangan.. Tengah makan pun, masih lagi dok skroll handphone.. Boleh dikatakan, handphone ni umpama nyawa dah.. Betul tak? Sape yang anggap gitu, baik angkat tangan.. Haha! Bukan kita yang dewasa ni je dok melekat dengan smartphone kat tangan, tapi anak-anak pun dah pandai nak tengok handphone.. Nak ada handphone sendiri.. Sama jugaklah dengan anak-anak aku.. Tapi aku cuma benarkan dorang tengok youtube kids je la.. Sambil menonton sambil belajar..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Rasanya kebanyakan kanak-kanak pada masa ini dah semakin bergantung pada telefon pintar, ipad, laptop dan tv untuk tujuan hiburan, permainan dan pendidikan mereka.. Jumlah masa yang dihabiskan untuk peranti ini akan meningkat seiring dengan usia mereka yang semakin membesar.. Sebagai ibu bapa, aku sangat prihatin dengan kesan negatif dari terlalu banyak terdedah dengan paparan skrin.. Jadi, untuk melindungi mata anak-anak aku daripada berlakunya kerosakan atau kesan buruk yang lain, aku telah belikan mereka Cermin Mata Anti Blue Light dari SaferOptics..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Tujuan aku beli cermin mata dari SaferOptics ni adalah kerana SaferOptics menawarkan kanta yang boleh menyekat cahaya biru berbahaya dari skrin digital dimana ia dapat membantu mengurangkan kesan negatif dari penggunaan peranti elektronik yang berpanjangan seperti komputer, tablet dan telefon pintar.. So, bolehlah lindungi mata anak aku dengan cermin mata anti blue light dari SaferOptics ni..

Sebelum ni, aku dah pernah survey cermin mata anti blue light ni.. Tapi, kebanyakannya tak menepati apa yang aku nak.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan jenama SaferOptics ni.. Bila aku baca detailnya, yes memang ini yang aku cari.. Bila dah jumpa dengan apa yang aku cari, ofkoslah rasa sangat happy dan excited nak beli.. Hehe.. Nampak tak gelojoh di situ ye.. Haha.. Serius, jenama ni memang jenama yang terbaik yang boleh dipercayai..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Selain kehebatan kantanya, aku suka juga reka bentuk bingkainya.. Ada beberapa bentuk yang ditawarkan.. So, boleh pilih yang mana sesuai dengan muka anak kita.. Selain itu juga, bingkainya yang tak mudah patah diperbuat daripada silikon yang sangat fleksibel dan tahan lama dimana ianya dapat bertahan walaupun anak kita bermain kasar. Bingkainya lembut, tidak beracun dan tidak mudah tergelincir.. Owh ya, terdapat pelbagai pilihan warna juga.. Warna terang dan menyeronokkan.. hehe..Itulah ciri-ciri yang menarik cermin mata SaferOptics ni yang aku suka..

Beli Cermin Mata Anti Blue Light di SaferOptics Secara Online

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Aku beli cermin mata ni, secara online di laman web SaferOptics.. Aku rasa pada zaman sekarang ni lebih mudah kalau beli secara online.. Tak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk ke mall semata-mata untuk cari cermin mata kanak-kanak sahaja.. So, beli atas talian adalah jalan terbaik.. Lagi pun, dimusim virus covid-19 ni beli secara online lebih digalakkan bagi mengurangkan risiko jangkitan...

Untuk membeli di laman web SaferOptics ni sangat mudah.. Korang hanya perlu daftar akaun terlebih dahulu dan seterusnya buat pembelian seperti biasa.. Lagi pula, laman web mereka sangat mesra pengguna dan mudah digunakan tanpa perlu pening kepala untuk memahami setiap step pembelian.. Setiap produk diberikan penerangan yang terperinci untuk kita tahu keistimewaan produk yang dikeluarkan.. So, mudahla sikit nak memilih yang mana sesuai..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Memandangkan aku ada 2 orang anak, kenalah beli 2 jugak cermin mata nya... Supaya kedua-duanya terlindung matanya.. Ok untuk si abang aku ambil Kids Rectangle Anti-Blue Light Glasses - Smurf Blue.. Yang ni memang si abang pilih sendiri.. Dia nak bingkai warna biru dan lengannya biru aqua.. Sekarang ni, si abang apa-apa pun memang pilih sendiri.. Dah besarkan tentulah dah ada pilihan sendiri.. Hehe.. Manakala untuk si adik pula, aku pilih Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Black Cherry.. Saje la amek yang bentuk bulat untuk si adik.. Nampak cute sikit.. Hehe..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Kids Rectangle Anti-Blue Light Glasses - Smurf Blue

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Black Cherry

Kebaikan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Setiap hari makin kerap anak-anak aku mengadap handphone.. Kalau tak handphone pun dorang akan tengok tv melayan movie kegemaran dorang.. Naik risau aku dengan mata dorang ni.. Nasib baiklah ada SaferOptics ni.. Dapatlah melindungi mata anak-anak aku dan dapat terus beraktiviti dengan baik.. Ok, antara kebaikan cermin mata dari SaferOptics ni adalah :-

  • Mengurangkan digital eye strain
  • Membantu mengurangkan sakit kepala, keletihan mata dan mata kering
  • Menggalakkan tidur yang lebih sihat dengan mengatur kitaran tidur
  • Kanta non-powered sesuai untuk kanak-kanak
  • Bingkai yang sangat tahan lama dan fleksibel
  • Terdapat dalam pelbagai warna yang terang dan menyeronokkan

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Masa barang sampai, memang tak sabar-sabar nak buka dan lihat cermin matanya.. Memang pembungkusannya sangat baik dan cermin mata sampai dalam keadaan yang selamat tanpa kerosakan.. Dah bukak kotaknya, tak sangka pulak packaging cermin matanya sangat bagus.. Diletakkan dalam casing yang bagi aku eksklusif seperti membeli cermin mata orang dewasa.. Aku ingatkan hanya sekadar diletakkan di dalam uncang spek semata.... Hehe.. Ternyata tidak.. Casingnya jua berkualiti dan kemas beserta dengan kain pengelap kanta..

Jika dilihat dari keseluruhannya aku sangat berpuashati membeli dengan SaferOptics ni.. Cermin mata berkualiti, packaging bagus dan harga mampu milik.. Memang tak menyesal beli cermin mata untuk anak di SaferOptics ni.. Barang pun dihantar dengan selamat dan cepat tau.. Haa..

Anak Teruja Dengan Cermin Mata Baru dari SaferOptics

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Masa dapat je cermin mata ni, kemain teruja dorang.. Yelah selama ni dok berebut cermin mata hitam aku yang lama tu untuk bergaya.. Now, dah ada cermin mata sendiri, boleh la bergaya dengan jayanya.. Haha.. Bukan untuk bergaya je, malah dorang lebih selesa menonton movie di TV atau melihat youtube kids di telefon pintar dorang.. Setiap kali sebelum tengok tv atau telefon pintar, mesti dorang akan minta spek Saferoptics ni dulu.. Dorang sendiri pun dapat merasai keselesaannya.. 

Kalau sebelum ni, pernah juga si abang mengadu sakit kepala lepas tengok handphone.. Ini membuatkan aku lebih risau.. Now, sejak pakai cermin mata SaferOptics ni nampaklah perubahan dorang dimana aku tengok emosi dorang lebih baik berbanding dulu dan tidur mereka pun dah kembali baik dan teratur.. Moga lebih banyak manfaat yang mereka perolehi daripada pemakaian cermin mata SaferOptics ni nanti.. Hiks.. 

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Aku pun dah recommend kawan-kawan aku yang ada anak untuk cuba cermin mata dari SaferOptics ni sebabnya anak-anak aku dah guna dan sangat bagus.. So, sebab itulah aku recommend kat dorang.. Ada juga yang mula bertanya, bila aku up dekat status whatsapp.. Ramai sebenarnya yang sedang mencari alternatif untuk melindungi mata anak dorang.. Aku sendiri pun baru berjumpa caranya dan sudah pastinya aku kongsikan dengan kawan-kawan tentang kebaikannya supaya mata anak-anak kita terpelihara daripada kerosakan.. Insyaallah.. Yang penting usaha kan.. Kalau tak usaha main biar jerk, itu yang bahayanya.. 

Ok, kalau korang nak tengok fungsi kanta cermin mata SaferOptics ni boleh tengok video kat bawah ni.. 

Dapatkan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics Sekarang!

Buat ibu-ibu, bapa-bapa diluar sana yang masih mencari alternatif untuk melindungi mata anak yang suka mengadap handphone, tap, laptop atau tv tu, aku syorkan korang dapatkan cermin mata anti blue light dari SaferOptics ni.. Aku dah cuba untuk anak-anak aku dan sangatlah bagus.. Jadi, apa tunggu lagi tu.. Jom terjah laman web SaferOptics sekarang juga untuk dapatkan cermin mata anti blue light pada harga yang berpatutan dan banyak pilihan.. 

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

 

Original post: Lea Azleeya

Share this post:

Older Post Newer Post

Leave a comment

translation missing: en.general.search.loading