Free Shipping in Malaysia for order RM120.

Cart

Your cart is currently empty.

SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin dan Peranti Digital

SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin Digital |  Sebagai seorang ibu, sukar nak halang anak daripada melihat gadget langsung sebab mereka ni lahir pada generasi kini yang memang celik digital. Bukan macam zaman ena dulu main kat parit.hehe. Sangat risau bila tengok anak menghadap skrin TV dan handphone dalam tempoh lama. Walaupun peruntukkan beberapa jam sahaja tapi mestilah nak ada perlindungan UV. Ini bukanlah untuk menggalakkan anak korang untuk bermain gadget tapi membantu korang untuk mengelakkan mata mereka daripada terkena Blue Light. 

 

Apa itu Blue Light dari Gadget?

Blue Light atau Cahaya Biru dipancarkan pada jumlah yang besar dari skrin digital. Cahaya bertenaga tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) menembusi kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu lama boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala. Antaranya membaca dan menonton daripada Tablet/Ipad, Mobile phone, Komputer/Laptop, televisyen dan lampu.

Jadi bayangkanlah selama ini, berapa banyak blue light dah tembus ke mata anak???? Ishhh nasib baik lah ena bertemu jodoh dengan SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear.

Kelebihan Kanta SaferOptics membantu melindungi mata anak ena dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi 420 Blue Coat direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan kanta. Dengan kurang cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur menjadi lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.

Masa mula-mula parcel sampai, alahai comel sangat anak teruja nak tengok hadiah daripada ibu. Penghantaran mengambil masa 2 - 3 hari bekerja.

Ena memilih design "Kids Rectangle - Black Cherry" sebab boleh match dengan semua style pakaian dan keadaan. Banyak juga dapat freegift daripada seller antaranya stiker dan travel wipes by Bare Nuhcessities tetapi terhad untuk 250 pelanggan pertama sahaja.

Kenapa memilih SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear ?

1. Bingkai tahan lasak

Dibuat dengan bahan silikon yang fleksibel dan tahan lama. Bingkai bersifat super lembut dan super ringan. Bingkai ini dapat menahan lasak semasa bermain. Ukuran cermin mata ini sesuai dengan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Tidak mudah tergelincir dan mempunyai pelbagai warna pilihan yang menarik.

2. High energy blue light blocking filter

Ia mempunyai Penapis penyekat cahaya biru tenaga tinggi yang dapat mengurangkan ketegangan mata dan mencegah sakit kepala. SaferOptics menawarkan 420 Blue Coat with Premium dengan perlindungan UV400-420 dengan jaminan keselamatan dan kualiti untuk penglihatan anak anda.

3. Produk optik berkualiti tinggi

Setiap pasang SaferOptics anti blue light memenuhi kriteria kawalan kualiti yang ketat yang menjanjikan hanya selamat digunakan untuk si kecil. Makmal kami memproses pesanan kanta, membuat pemeriksaan kualiti, membersihkan dan membasmi kuman setiap cermin mata sebelum pembungkusan dan penghantaran.

4. SaferOptics bercirikan Play, Protect dan Prevent

Cermin mata SaferOptics anti blue light memberi keselesaan kanak-kanak untuk bermain dan melihat peranti digital sambil menyekat cahaya sinar biru dari skrin, mencegah sakit kepala, mengurangkan ketegangan mata dan silau

5. Kanta non-powered selamat digunakan

Selamat digunakan untuk semua kanak-kanak kerana design terkini UV + 420 Anti-High Energy Blue Light Coating ini tiada toksik berbahaya. Tetapi boleh juga didapati kanta powred jika mempunyai preskripsi daripada Pakar Optometris

Ciri Lens 420 Blue Coat (Premium Lens)

Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang 420 Basic non-power anti-blue light lense. Lensa dilengkapi Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV400 dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm. Cermin mata tanpa warna yang lebih jernih dan jelas ini mempunyai lapisan permukaan yang lebih licin dan mudah dilap kerana "Super Hydrophobic" iaitu lapisan Anti Air. Lensa 420 Blue Coat ini juga dilengkapi dengan Warranty 1 tahun terhadap kecacatan pembuatan.

Highly recommended untuk pelaburan melindungi mata anak

Apa yang ena dapat simpulkan selama anak menggunakan cermin mata Anti-Blue Light 420 Blue Coat ni :

1. Ena perasan sumayyah tak mudah gosok mata. Biasanya dia asyik menggosok mata sampai kemerahan walaupun ena pakai screen protector gelap. Even dah selalu pesan tengok dalam jarak jauh tapi dia tetap nak tengok dalam jarak dekat. Sekurang-kurangnya dapat melindungi mata anak.

2. Sumayyah suka pakai ketika membaca buku jugak. Mungkin sebab ena dah tunjuk demo kesannya kalau tidak pakai, tu yang anak faham effect kalau tak pakai. Kalau tidak mula-mula tu dia taknak pakai taw. Haa anak ni kena bagi faham kenapa kita suruh pakai, baru dia nak follow. Kita taknak lah dia set mind cermin mata ni hanya mainan semata-mata. 

3. Selain itu memang tahan lasak sebab budak biasalah lepas pakai je letak merata, tapi ena tak risau sangat sebab tahu ia tahan lasak dan boleh dibengkokkan. Eh berbaloi taw korang beli. Harga sangat berpatutan tapi siap ada warranty setahun. Harap lepasni keluarkan edisi dewasa pula. Ena pon berkenan nak guna tapi kecil pula kan.

4. Mesra pengguna dan laman web mudah dilayari. Mudah saje nak order. Tak perlu banyak renyah nak click order. Kalau dah masuk website confirm rambang mata sebab banyak lawa-lawa. hahahaha..kalau korang tak faham cara nak order ada 1 kotak mesej dibelah kanan bawah website. Haa tekan jelah chat tu. Nak mintak kod PROMO pon boleh chat untuk pertanyaan.

 

SaferOptics - Premium Optical Grade, Safety and Quality Guarantee

"Kebanyakan kanak-kanak pada masa ini bergantung pada telefon pintar, iPad, komputer riba dan TV untuk tujuan hiburan, permainan dan pembelajaran. Jumlah masa yang dihabiskan untuk peranti ini akan meningkat sehingga mereka dewasa. Sebagai ibu bapa, kami prihatin dengan kesan negatif jika terlalu lama menghadap skrin.

SaferOptics menawarkan blue light filter glasses penyelesaian secara moden untuk era digital ini. Cermin mata Anti Blue Light kami menyaring silau skrin, mengurangkan ketegangan mata, keletihan, dan membantu mencegah masalah yang berkaitan dengan mata"

Di bawah ini merupakan ujian yang ena lakukan dengan menggunakan "The Blue Light Test Area card & Blu-Ray Lamp" untuk menguji kanta cermin mata Saferoptics Anti-Blue Light 420 Blue Coat. Jadi bayangkanlah berapa banyak masa dihabiskan oleh anak menghadap gadget tanpa protection.

Reviewed by: Tinynasweet

Blog post: https://www.tinynasweet.com/2020/09/saferoptics-anti-blue-light-eyewear.html

Share this post:

Older Post Newer Post

Translation missing: en.general.search.loading